7 Jul 2011

Umno makin celaru halang himpunan Bersih 2.0


(Sumber : Harakahdaily)   
KUALA LUMPUR, 7 Julai: Umno BN sedang berada di tahap celaru yang kritikal apabila
menteri yang berkhidmat di bawah Datuk Seri Najib Razak telah bertindak songsang.
Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim berkata, ini ekoran Menteri
Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam kenyataannya yang masih
mendakwa Bersih adalah haram.
Ini, katanya bercanggah dengan kenyataan oleh Perdana Menteri baru-baru ini.
“Hal ini tidak sepatutnya berlaku tambahan pula Bersih telah diperkenan Yang di-Pertuan
Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan memberi kebenaran bersyarat dan telah dijamin
pula oleh Perdana Menteri sendiri,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Lebih memburukkan keadaan lagi, katanya Polis Diraja Malaysia yang sepatutnya
memberikan seluruh ketaatan terhadap Tuanku Mizan sebagai Yang di-Pertuan Agong.
Katanya, Sekretariat Bersih yang telah mendapat perkenan Agong sepatutnya dibolehkan
untuk meneruskan himpunan seperti mana syarat yang telah ditentukan kerajaan dan Agong
sendiri.
Dalam hal ini seluruh yang berkaitan Bersih sepatutnya telah diberi akses oleh Kementerian
Dalam Negeri (KDN) untuk bergerak secara bebas.
“Jika hasrat Bersih yang mewakili suara sebilangan rakyat tidak diendahkan oleh kerajaan
Umno BN walaupun ia telah direstui oleh Yang di-Pertuan Agong, ke manakah lagi suara
rakyat harus dibawa untuk perhatian yang sewajarnya?” soalnya yang juga Adun Titi Serong.
Justeru, katanya berdasarkan respons terkini kerajaan yang amat memalukan negara setelah
 8 tuntutan Bersih dikemukakan, ia suatu yang tidak layak terjadi di era negara yang sedang
membangun.
“Umno BN perlu dibuang kesemuanya pada PRU 13 nanti,” ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan