7 Jul 2011

Menteri Malaysia Ramai Yang 'Bodoh'

Hishammuddin tak tahu beza pertubuhan, kempen

KUALA LUMPUR, 7 Julai: “Saya berpendapat Bersih bukan sejenis pertubuhan tetapi adalah
sejenis kempen,” kata Pengerusi Pemulihan Demokrasi Dan Mobilisasi Rakyat, Pemuda PAS
Pusat, Suhaizan Kaiat.
Beliau menyatakan demikian sebagai respons terhadap kenyataan yang dibuat oleh Menteri
Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang telah menuduh Bersih adalah sebuah
pertubuhan haram.
Atas tuduhan itumaka pihak polis telah menangkap lebih daripada 100 orang, melarang
ceramah-ceramah, menggeledah rumah suspek, membuat sekatan jalan raya, melarang
memakai baju Bersih dan lain-lain lagi.
Suhaizan berkata, dalam Akta Pertubuhan di bawah seksyen 2 akta itu menyatakan bahawa
sesuatu pertubuhan ditakrif sebagai termasuk mana-mana kelab, syarikat, perkongsian atau
persatuan dengan tujuh (7) atau lebih orang tidak kira apa jua jenis atau tujuannya, sama ada
sementara atau kekal.
Menurutnya, mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka kempen pula bermaksud segala
usaha (kegiatan dan tindakan) yang dirancangkan dan dilaksanakan dengan menggunakan
penerangan (rayuan dll) untuk mempengaruhi pendapat umum atau mendapatkan sokongan
 umum terhadap sesuatu (matlamat dll) Bersih adalah sejenis kempen untuk menjayakan
suatu pilihanraya yang adil dan bersih.
“Kempen ini disingkatkan sebagai Bersih,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda PAS Negeri
Johor dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Katanya, bagi menjayakan kempen itu, maka ditubuhkan jawatankuasa yang dianggotai oleh
63 NGO yang diketuai oleh Datuk Ambiga.
Katanya, jawatankuasa kempen ini bergerak keseluruh negara untuk mendapatkan sokongan
bagi mengadakan Himpunan Bersih pada 9hb Julai 2011.
Tambahnya, kempen Bersih adalah seperti Kempen Tak Nak Rokok dan Kempen Kami Benci
Dadah.
Jelasnya, kempen-kempen itu dianggotai oleh agensi-agensi kerajaan dan NGO seperti
Kementerian Kesihatan, Kementerian Penerangan, Kementerian Luar Bandar, Pemadam,
Pengasih dan lain-lain lagi.
Kempen itu, ujarnya tidak memerlukan pendaftaran dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan
yang diwujudkan pada tahun 1966 untuk menguatkuasakan Akta Pertubuhan 1966.
Kempen ini adalah sejenis aktiviti agensi kerajaan dan NGO sahaja. Oleh itu Kempen Bersih
adalah aktiviti 63 NGO terbabit.
“Saya berpendapat adalah wajar Menteri Dalam Negeri menarik balik tuduhan Bersihsebagai
pertubuhan haram,” katanya. Baginya, Menteri Dalam Negeri sebenarnya gagal membezakan
antara pertubuhan dan kempen.
Oleh itu, ujarnya tuduhan-tuduhan di bawah seksyen 47 dan 50(3), Akta Pertubuhan 1966 yang
melibatkan kesalahan menyebarkan bahan-bahan berkaitan dengan pertubuhan haram
hendaklah digugurkan dengan segera. 
(sumber : Harakah daily)
* Selain itu antara senarai Menteri yang bodoh ialah Datuk Rais Yatim, Ahmad Shebry Chik,
Ali Rustam, MB Terengganu dan ramai lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan