29 Jun 2011

JUTAWAN Dan Tabiatnya

1. Jutawan Adalah Seorang Yang Belanja Berhemat

Orang yang paling kaya yang saya kenali juga merupakan seorang yang suka berbelanja untuk barangan paling murah. Mereka membeli kereta terpakai. Mereka membawa bekal ke pejabat. Ia memerlukan wang untuk mendapatkan wang dan anda tidak akan mendapat wang yang diperlukan untuk melabur jika anda membelanjakannya.

2. Jutawan Berfikiran Besar

Sesetengah orang terkejut apabila mereka memperolehi sejuta pertama mereka. Lagipun, ia tidak datang dengan mudah. Tapi lama sebelum mencapai matlamat mereka, jutawan ini tahu mereka ingin mendapatkannya. Berbanding mensasarkan kenaikan tahunan 3% setahun, jutawan mengimpikan untuk bekerja sendiri. Berbanding berkhidmat untuk 100 pelanggan, jutawan mengawal 10,000 akaun.

3. Jutawan Mengambil Risiko Terkira

Sama ada ia melabur di dalam saham atau menyimpan di dalam saham amanah untuk memulakan bisnes, jutawan mengambil risiko terkira. Di dalam risiko ini, ganjarannya adalah jauh lebih besar berbanding kos kegagalan dan peluang untuk berjaya adalah cerah.

4. Jutawan Mencipta Jaringan

Tidak ramai orang yang mencapai potensi mereka berseorangan. Jutawan membina jaringan yang berkuasa yang mempunyai hubungan dengan semua lapisan masyarakat dalam kehidupan mereka. Para jutawan ini tahu bahawa majikan seterusnya, pelanggan atau rakan kongsi boleh datang dari mana-mana sahaja.

5. Jutawan Tidak Membayar Faedah, Mereka Memperolehinya

Para jutawan tahu kerosakan daripada hutang dan cuba mengelakkannya sama sekali. Sebaliknya, jutawan menyimpan, melabur dan malahan meminjam wang kepada orang lain untuk mendapatkan pendapatan daripada faedah.

6. Jutawan Fokus

Jutawan bekerja bersungguh-sungguh untuk mencaai matlamat pada sebarang kos. Perbezaan di antara seorang yang berimpian dengan seorang pelaksana ialah bukannya jumlah idea yang mereka miliki, tetapi bagaimana seseorang itu memfokuskan usaha melaksanakan idea yang terbaik.

7. Jutawan Lakukan Apa Yang Diperlukan

Kisah kejayaan paling memberi isnspirasi di kalangan semua orang yang berjaya melibatkan pengorbanan yang bukan sedikit. Daripada tidur di dalam kereta menjalankan dua kerja kepada mengabaikan hubungan peribadi untuk mendapatkan pendidikan atau membina suatu bisnes, jutawan bukan sesuka hati dan sengaja menangguhkan kepuasan peribadi, para jutawan menanggung kesakitan pada awalnya.

8. Jutawan Mendidk Diri Sendiri

Tidak perlu sebarang institusi gah untuk menjadi seorang jutawan, tetapi ia perlukan keinginan untuk belajar. Tidak kisahlah bagaimana anda belajar- daripada seorang mentor, kelas malam, buku dan juga laman web –tetapi pembelajaran berterusan amat musthak untuk kejayaan jangka panjang.

9. Jutawan Memimpin

Tidak terperanjat pun., kualiti yang sama membolehkan orang biasa memperolehi berjuta menjadikan mereka pemimpin semula jadi. Ia kembali kepada keputusan untuk menjadi seorang jutawan pada asalnya. Suatu resolusi untuk mengorak langkah, membuka jalan berbanding mengikut jalan sedia ada.

10. Jutawan Seorang Pemurah

Jangan pula harapkan jiran anda yang kaya mencurah hadiah kepada anda. Biasanya mereka menderma untuk sebab yang lebih besar dan berfaedah. Ia bukan sahaja usaha giat untuk menambah sejuta lagi di dalam akaun organisasi tertentu: anda perlu membuat pilihan yang tepat badan kebajikan mana yang ingin disumbangkan.


Dipetik dari : http://iniaminzunaidi.blogspot.com

Terminal Bas Di Sabah


 Terminal Bas Wawasan Plaza Kota Kinabalu

 Terminal Bas Di Inanam

Terminal Bas Puduraya Kuala Lumpur

Betapa jauh bezanya terminal bas di Sabah dengan Kuala Lumpur. Bila musim hujan habis basah kuyup. Harap PM dibawa melawat ke terminal tersebut agar dapat merasakan betapa jauh tertinggal Sabah dari kemudahan asas walaupun Sabah dan Sarawak adalah talian hayat kerajaan BN.

Menteri & Tim. Menteri Malaysia


1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan, hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.


2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia


3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia


4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia


5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00


6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn telefon bimbit,satu pemandu,minyak percuma.Kalau guna khidmat pemandu kementerian, dapatlah duit percuma. (Perdana sebagai kereta rasmi semata-mata)


7. Semua pemberian derma seperti kepada perkahwinan, kematian,atau pemberian kepada badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.


8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00


9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.

* Patutlah berebut menjadi Menteri dan Tim. Menteri semuanya ditanggung

( Sumber : http://www.samizul.net/2011/06/inikah-kelebihan-kewangan-seorang.html)

Subsidi RM74 bilion: Benarkah BN Perdayakan Rakyat ?

Kerajaan Persekutuan pimpinan BN telah “memperdayakan” rakyat apabila Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) menyatakan bahawa kerajaan menanggung bil subsidi berjumlah RM74 bilion pada 2010, kata seorang pakar ekonomi hari ini.

Bercakpa pada dialog belanjawan Selangor 2012 di Subang Jaya, profesor pelawat Universiti Nottingham, Subramaniam Pillay berkata 54 peratus daripada bil itu adalah untuk pendidikan dan kesihatan yang sebenarnya adalah tanggungjawab kerajaan.

"Semua kerajaan di dunia beri subsidi untuk barangan berlainan untuk golongan rakyat yang berbeza. Tetapi bagi pendidikan dan kesihatan, yang dinamakan oleh pakar ekonomi sebaragai 'public goods' dan ini adalah tanggungjawab kerajaan,” kata Subramaniam yang bersara daripada jawatan Ketua Sekolah Perniagaan Universiti Nottingham tahun lalu.

"Semua negara maju di seluruh dunia beri subsidi dalam jumlah yang besar untuk kesihatan, kecuali di Amerika Syarikat tetapi (Presiden Barack) Obama baru-baru ini membentangkan Rang Undang-undang Kesihatan.”

Jika dua barangan itu dikeluarkan, bil subsidi hanya berjumlah RM31.1 bilion dan daripada jumlah berkenaan, subsidi makanan yang secara langsung sampai kepada rakyat hanya bernilai RM3 bilion atau lebih kurang 2 peratus daripada bajet kerajaan persekutuan.

Katanya, sebahagian besar subsidi RM23.7 bilion untuk bahan api dan tenaga yang dibayar pada 2010 disalurkan kepada subsidi gas yang kemudiannya diberikan kepada pengeluar tenaga bebas.

"Bagi infrastruktur, semua subsidi disalurkan kepada (konsensi lebuhraya) bukan kerana mereka memerlukannya tetapi kerana mereka menandatangani perjanjian (dengan kerajaan) yang bodoh. Ini bukan subsidi untuk rakyat,” katanya.

Perangkaan RM74 bilion yang dikeluarkan oleh PEMANDU seringkali digunakan oleh BN sebagai alsan bahawa pengurangan subsisidi petrol, gas asli, diesel dan barangan makanan yang lain adalah berpatutan kerana kerajaan menanggung bebanan yang berat.



( Sumber :http://www.malaysiakini.com)

28 Jun 2011

Bil elektrik PM, TPM RM160,000 sebulan

Kerajaan diminta menjelaskan kos tinggi penyelenggaraan kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya ketika rakyat diseru berjimat ekoran pengurangan subsidi barangan keperluan.

Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Siti Mariah Mahmud (kiri) berkata, ini perlu kerana rakyat diminta mengubah cara hidup mereka bagi menyesuaikan diri dengan persekitaran ekonomi sekarang.

"Apabila mendidik orang ramai supaya berjimat, ia sepatutnya bermula dengan pemimpin,” kata Siti Maria Mahmud kepada wartawan di lobi parlimen hari ini.

Siti Maria mengulas jawapan bertulis di Dewan Rakyat berhubung soalan yang diajukan oleh ahli parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusof, yang juga ketua Dewan Muslimat PAS yang ingin tahu penyelenggaran kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya.

Mengikut jawapan bertulis, RM48 juta dibelanjakan antara tahun 2006 hingga 2010 bagi penyelenggaran kediaman kedua-dua pemimpin negara itu.

"Begitu tinggi perbelanjaannya sedangkan kediaman itu tidak digunakan sepenuh masa,” kata Siti Zailah, yang hadir bersama.

Menurut jawapan itu, hampir RM33 juta dibelanjakan untuk menyewa kediaman lain semasa tempoh itu. Sewa dibayar kepada Perbadanan Putrajaya.

RM3.5 juta lagi dibelanjakan untuk kerja baik pulih, RM10.2 juta bagi bil elektrik dan RM1.9 juta untuk bil air.

"Kami tidak tahu sebesar mana keluarga perdana menteri dan timbalannya sehingga hari ini,” kata ketua pemuda DAP Anthony Loke, yang turut hadir pada sidang media itu.

Menurut beliau jika jumlah itu dibahagikan sepanjang lima tahun dan dikira mengikut bulan, kerajaan membelanjakan RM160,000 untuk bil elektrik dan RM33,000 untuk bil air bagi kedua-dua kediaman rasmi.

"Ini cukup untuk bayar bil elektrik saya untuk selama 100 tahun dan air pula cukup untuk 6,000 orang,” katanya.

(Kerajaan diminta menjelaskan kos tinggi penyelenggaraan kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya ketika rakyat diseru berjimat ekoran pengurangan subsidi barangan keperluan.

Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Siti Mariah Mahmud (kiri) berkata, ini perlu kerana rakyat diminta mengubah cara hidup mereka bagi menyesuaikan diri dengan persekitaran ekonomi sekarang.

"Apabila mendidik orang ramai supaya berjimat, ia sepatutnya bermula dengan pemimpin,” kata Siti Maria Mahmud kepada wartawan di lobi parlimen hari ini.

Siti Maria mengulas jawapan bertulis di Dewan Rakyat berhubung soalan yang diajukan oleh ahli parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusof, yang juga ketua Dewan Muslimat PAS yang ingin tahu penyelenggaran kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya.

Mengikut jawapan bertulis, RM48 juta dibelanjakan antara tahun 2006 hingga 2010 bagi penyelenggaran kediaman kedua-dua pemimpin negara itu.

"Begitu tinggi perbelanjaannya sedangkan kediaman itu tidak digunakan sepenuh masa,” kata Siti Zailah, yang hadir bersama.
Menurut jawapan itu, hampir RM33 juta dibelanjakan untuk menyewa kediaman lain semasa tempoh itu. Sewa dibayar kepada Perbadanan Putrajaya.

RM3.5 juta lagi dibelanjakan untuk kerja baik pulih, RM10.2 juta bagi bil elektrik dan RM1.9 juta untuk bil air.

"Kami tidak tahu sebesar mana keluarga perdana menteri dan timbalannya sehingga hari ini,” kata ketua pemuda DAP Anthony Loke, yang turut hadir pada sidang media itu.

Menurut beliau jika jumlah itu dibahagikan sepanjang lima tahun dan dikira mengikut bulan, kerajaan membelanjakan RM160,000 untuk bil elektrik dan RM33,000 untuk bil air bagi kedua-dua kediaman rasmi.

"Ini cukup untuk bayar bil elektrik saya untuk selama 100 tahun dan air pula cukup untuk 6,000 orang,” katanya.


* Rakyat pula menjadi mangsa kerana subsidi beberapa barangan dikurangkan dan harga barang dinaikan tapi belanja untuk pemimpin atasan kita tak pula dikurangkan

27 Jun 2011

RM49 juta biaya Mahigai PM & TPM


KUALA LUMPUR, 27 Jun: Kerajaan membelanjakan hampir RM49 juta setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.
Lebih tepat, sejumlah RM48,789,115.03 dibelanjakan termasuk kos sewa, kos baik pulih, bil elektrik dan bil air.
Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz dalam jawapan bertulisnya terhadap soalan Siti Zailah Mohamad Yusof (PAS-Rantau Panjang).
Zailah dalam soalannya mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan jumlah kos tahunan yang terpaksa ditanggung kerajaan bagi membiayai kedua-dua rumah pemimpin negara itu bermula tahun 2006 hingga 2010.
Dalam perincian jawapan yang diberikan itu, Nazri menjelaskan kos sewa untuk dua kediaman rasmi itu adalah berjumlah RM32,972,115.55, kos baik pulih RM3,581,744.78, bil elektrik RM10,267,868.15 dan bil air RM1,967,386.55 untuk satu tahun.
Mengulas jawapan kerajaan itu, Zailah ketika ditemui di Parlimen hari ini berkata, rakyat perlu menilai bagaimana kehidupan pemimpin mereka dalam keadaan rakyat disuruh berjimat.
"Kita boleh tengok, rakyat disuruh berjimat, tapi pemimpin negara belanja kos rumah sahaja hampir RM50 juta setahun," katanya.

Kos lawatan Najib, Rosmah RM17 juta

KUALA LUMPUR, 27 Jun: Perbelanjaan lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dari 2008 hingga 2011 berjumlah RM17,118,650.58.
Perkara itu dimaklumkan kerajaan dalam jawapan bertulis terhadap soalan Tian Chua (PKR-Batu).
Tian Chua dalam soalannya menanyakan Perdana Menteri berapakah jumlah perbelanjaan lawatan rasmi Perdana Menteri dan isteri serta Timbalan Perdana Menteri dan isteri mengikut tarikh, lokasi dan tujuan dari tahun 2008 hingga 2011.
Beliau juga mahu Dewan Rakyat diberitahu berapakah jumlah perbelanjaan mengurus kepada isteri perdana menteri bagi tempoh sama.
Dalam jawapannya, Najib dan Rosmah membelanjakan RM1,739,332.85 pada tahun 2008, RM4,811,837.48 (2009), RM5,140,307.99 (2010) dan RM5,427,172.26 untuk tempoh sehingga Jun 2011.
Tiada perbelanjaan khusus untuk isteri PM.
Bagi peruntukan khas kepada Rosmah pula, Jabatan Perdana Menteri tidak menyediakan peruntukan khas bagi perbelanjaan mengurus.
Perbelanjaan hanya diberi terhadap perkara yang melibatkan Pejabat Perdana Menteri sahaja.
Dalam pada itu, bagi lawatan rasmi Tan Sri Muhyiddin Yasin dan isteri pula, kerajaan telah membelanjakan RM8,020,328.07 untuk tempoh sama.
Sebelum ini, Pakatan Rakyat mempersoal belanja yang ditanggung kerajaan terhadap lawatan Rosmah ke Turki atas kapasitinya sebagai First Lady Of Malaysia (Flom).
Ia termasuk lawatan Rosmah ke Turki selama tiga hari dengan ditemani isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Bagaimanapun pada 14 Mac lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz memaklumkan bahawa tiada peruntukan khusus oleh kerajaan kepada aktiviti First Lady.
Sebelum ini juga, Dewan Rakyat turut dimaklumkan kos keseluruhan lawatan rasmi isteri Rosmah ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76.
Malah, Rosmah didakwa turut berbelanja hampir RM140,000 bagi penginapan hotel mewah, Atlantis di Dubai hanya untuk satu malam.  
(Sumber : http://bm.harakahdaily.net)


DI Sabah masih ramai lagi rakyat Miskin yang tak berumah, ada rumah tak ada bekalan letrik dan air, masih banyak kampung tak ada kemudahan awam.

Kereta Pemimpin BN Sabah

Inilah kereta yang paling banyak digunakan oleh Pemimpin BN Sabah salah seorang ialah YB Datuk Hj Ariffin Arif (Menantu YAB Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman) selain ADUN pemilik SS_M ni. Ada di kalangan mereka memilki higga 2 buah dan kereta mewah lain. Sebab itulah ramai sangat yang berangan-angan nak jadi Ketua di peringkat Bahagian dan paling bertuah kalau jadi Wakil rakyat, kaya dalam sekelip mata saja. Apatah lagi menjadi Menteri atau Pembantu Menteri dapatlah pakai volvo free. PMpun pakai Perdana jer tapi kay Sabah Menteri pakai Volvo.  

e-Kasih Yang Pilih Kasih

Masih ramai rakyat Sabah yang tidak mendapat bantuan e-Kasih walaupun mereka golongan yang selayaknya khasnya bantuan rumah. Ada pihak mendakwa di beberapa tempat ada penerima rumah adalah dari kalangan mereka masih muda, berpendapatan tetap (kakitangan kerajaan) sedangkan ada lagi golongan yang amat memerlukan khasnya ibu tunggal dan yang tiada pendapatan tetap misalnya nelayan dan petani. Saya cadangkan dengana mereka panggil jer TV3 (Bersammu) manalah tau TV3 datang membantu pasti akan sefera dapat rumah baru.

Warisan Yang Perlu Dijaga Di Sabah


Kedai Papan di Pekan Bongawan

Kedai Papan di  Pekan Kinarut   
                                             
 Kedai Papan di Pekan Kinarut

Tahniah Datuk Lee

Kerana menjurai Badminton Terbuka Indonesia di Astora Senayan. 

(Lee Chong Wei (MAS x1) klk Peter Gade (DEN x5) 21-11, 21-7)

26 Jun 2011

Di Pekan Kecilpun Kena Saman Ker ?

Tadi masa minum pagi rakan cerita dia kena saman di Pekan Sabindo Lok Kawi atas kesalahan salah parking. Marah betul kawan tu sebab tak masuk akal katanya dah pekan kecil macam tu kemudahan parking terhad..katanya lagi ansuran keretapun dah 2 bulan tak bayar tambah lagi satu masalah...aduii 1Malaysia katanya 'Rakyat Didahulukan SUSAH Pemimpin BN diUtamakan'

25 Jun 2011

Untungnya Jadi Rakyat Di Negeri Pembangkang



Masalah sekecil manapun yang berlaku di negeri Pembangkang pasti menjadi liputan media Perdana khasnya TV3 dan TV1 dan TV2 dan Berita Harian dan Utusana Malaysia...tapi masalah besar yang berlaku di negeri pimpinan BN sebolehnya cuba di sembunyikan. Lihatlah gambar di atas betapa teruknya jalan di Sabah.

Apa Beza Demo BERSIH, PERKASA dan Pemuda UMNO ?

Jawapannya sama sahaja mengancam ketenteraman awam tapi kenapa 2 kumpulan tak ditahan. Pelik tapi Benar. Ceritanya sepanas kopi secawan....jom Minum sambil baca Malaysiakini berkaitan isu penahanannya geng BERSIH.
http://www.malaysiakini.com/news/168001

Sabah Bumi Bertuah








Kerana memiliki pemimpin yang kaya raya rumah saja berjuta-juta harganya dan rakyatnya yang berbudi bahasa yang marahnya cuma di kedai kopi tapi bila membuang undi BN juga pilihan hati dan walau hidup susah namun BN TATAP MENJADI PUJAAN HATIku...

KAYAnya PEMIMPIN UMNO PUNYA BOT MEWAH



(Gambar Di Ambil Dari FB AnakPapar)

Betapa Kayanya Pemimpin UMNO yang mampu memiliki bot mewah dan menyimpannya di Sutera Harbour yang sewa sebulan cukup lumayan 

Apa Dah Jadi Dengan Rakyat Malaysia ?

(Gambar dari Malaysiakini)
Orang yang bersubahat melakukan zina kemudian mendedahkannya kepada umum hingga mencemarkan nama negara dan rakyat Malaysia, Bangsa Melayu dan Agama Islam di mata dunia diberikan sokongan. sepatutnya rakyat Malaysia meludah muka mereka bertiga atau melemparkan najis kerana perbuatan mereka bertiga cukup hina seperti kata pepatah 'ibarat menepuk air di dulang pasti terpercik ke muka sendiri'

24 Jun 2011

Cuma RM 3000 Denda Tayang Video Seks


Gambar dari Malaysiakini 

Topik hot dikedai kopi hari ini ialah Denda terhadap Eskay cuma RM 3 ribu sahaja ? Ramai dah jangka tapi hukumannya cukup bagus pula, cuba kalau rakyat biasa yang tak ada pangkat mesti confirm masuk penjara. Tapi yang paling mengejutkan rupanya ada juga orang yang sanggup kena upah untuk menyokong 3 individu yang paling keji di Malaysia ni ya.

Fixed Deposit BN


Biarkanlah BERSIH

Buat apa kita sibuk janji mereka tak kacau kita