30 Jul 2011

Guna Sihir Di FB ? Isteri Jadi Mangsa Sihir


 Inilah wajah lelaki yang memikat Isteri orang di Facebook dengan menggunakan Ilmu Hitam / Sihir.  Beliau akan menghantar mesej yang menyakitkan hati untuk menarik perhatian mangsa. Kemudian apabila mangsa menjadi serba salah, mangsa akan meminta maaf kepada beliau dan kemudian terus menjadi rakan dan berbalas mesej  dalam facebook. Mangsa yang terpedaya / terkena ilmu sihirnya akan berasa asyik / seronok chat dan sms dengan beliau. Selain itu beliau bijak memainkan emosi mangsa sehingga mangsa boleh terpedaya dan  sanggup  mengirim gambar yang tak senonoh yang mana dengan gambar-gambar tersebut beliau jadikan sebagai umpan     untuk meminta mangsa sejumlah wang malah mengajak mangsa untuk berjumpa. Ramai surirumah yang sudah terkena sihir menceritakan hal sebenarya tapi takut membuat laporan polis disebabkan gambar dan video mereka yang tak senonoh ada dengan beliau. Ada juga di kalangan mangsa dipaksa untuk meminta cerai dari suami mereka konon mahu dijadikan isteri oleh beliau. Beliau juga kononnya seorang guru agama dan silat. Beliau menggunakan ilmu agama untuk menarik perhatian mangsa. Mohon disebarkan info ini untuk kita bersama menyelamatkan rumahtangga orang lain dari hancur berkecai. Menurut seorang suami yang hampir menjadi mangsa penceraian, beliau terkejut apabila melihat perubahan isterinya yang begitu teruja melayan FB hingga ke subuh sedangkan sebelum ini isteri beliau agak malas berada di depan komputer. Ketika itu beliau mula syak dan ketika isterinya tidur masa itulah beliau gunakan membuka FB dan hp isteriya. Alangkah terkejutnya beliau bila melihat chat dan sms yang sengaja tidak dipadam. Tiba-tiba sahaja isterinya berubah dan antara isi sms yang beliau sempat baca ialah isterinya dihasut untuk bercerai denganya. Beliau cuba mengimbau andainya ada sengketa selama 10 tahun usia perkahwinan mereka atas dasar cinta tersebut. Paling mengharukan lagi bila 2 orang anak mereka seakan dapat merasakan perubahan yang berlaku kepada ibu mereka. Dengan penuh kesabaran beliau membaca dari awal chat dan sms dan beliau dapati isterinya terkena sihir lelaki durjana tersebut. Selepas isterinya berjaya dipulihkan beliau telah mengambil alih tempat isterinya melayan lelaki 'iblis' dan beliau cuba untuk memancing mendapatkan nama dan alamat tempat tinggalnya. Namun lelaki tersebut cukup licik hinggakan untuk mendapatkan gambarpun terpaksa menggunakan berbagai helah. Yang menjijikan lelaki durjana ini merayu minta gambar yang tak senonoh dan dengan bahasa yang berbaur lucah. Setelah meminta bantuan ustaz yang mahir barulah kami berani berhenti melayan chat dan sms dakwa beliau.
   Meskipun kes ini terpencil namun sebelum ianya berleluasa adalah lebih baik kita bersama menghalangnya sebelum lebih ramai menjadi mangsa. Pihak kami ada menyimpan mesej dan sms beliau khasnya berbau lucah hasil kerjasama dari pihak mangsa yang sudi berkongsi cerita yang hampir tak masuk akal ini. Pihak kami amat bersimpati dengan pasangan keluarga yang bahagia yang sudah menjadi mangsa beliau. Nasihat dari pihak kami agar para surirumah lebih berhati-hati bila menggunakan FB. Pastikan anda tidak melayan sebarang pesanan dari orang yang tak dikenali. Jangan menerima rakan jika anda tidak kenali.

http://www.facebook.com/profile.php?id=100001964426050

Nama : Abdul Hamid Mohd Yunus (Tidak dikenal pasti sama ada nama ini betul atau tidak kerana menurut sumber beliau sering bertukar nama malahan menggunakan nama lain untuk tujuan urusan perbankan dan no hand phone)

Lokasi : Negeri Sembilan / Pahang

14 Jul 2011

Apa Yang Direbutkan Musa Aman dan shafie Afdal ?

Keduanya sudah kaya raya, jawatan bukan kepalang ( Musa Aman dah jadi Ketua Menteri dan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, AMT UMNO dan Ketua Bhgn UMNO Libaran manakala Shafie Afdal Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Kemajuan Wilayah yang beliau dakwah punya bajet RM 13 billion setahun dan Naib Presiden UMNO dan Ketua UMNO Bhgn Semporna). Apakah sikap tamak kedua pemimpin ini yang mengusai diri mereka atau ada dalang yang cuba melagakan mereka seperti yang pernah berlaku kepada pemimpin Sabah terdahulu. Sesungguhnya permusuhan mereka berdua bukan cerita dongeng lagi tapi dah jadi bualan hangat di kedai kopi di ceruk rantau di Sabah. Jangan heran jika rakyat Sabah memilih pembangkang pada RU 13 kerana bosan dengan para pemimpin UMNO yang tamak seumpama ini hinggakan Rakyat Sabah menggelar mereka 'Vacuum' yang menyedut projek-projek besar di Sabah.

Gelang Rosmah Mansor RM 1.65 Juta ?




Ramai yang tertanya-tanya (termasuk aku) berapakah gelang atau Bangle yang didakwa dimiliki oleh Rosmah (Bini Najib) bila terlihat didalam website Jacob & Co beliau menggayakan gelang tersebut.. (malangnya pada sebelah petang semalam gambar beliau telah dikeluarkan dari website Jacob & Co itu..) Dan ramai juga yang menjangkakan bahawa harganya adalah jauh lebih mahal dari Cincin Berlian yang berharga RM74 Juta lebih yang telah dimiliki oleh Rosmah juga melalui Syarikat Jacob & Co..Tetapi dalam kenyataan melalui e-mel kepada FreeMalaysiaToday, syarikat barang kemas yang berpangkalan di New York berkata harga bagi sepasang gelang adalah AS $ 540,000 (RM1.65 juta). Jacob & Co berkata setiap gelang 18k emas putih itu dilengkapi dengan 1.712 berlian dan beratnya 137,31 gram. Ohh… AS $ 540,000 atau RM1.65 juta sajeee rupanya.. Kalau Cincin berharga RM74 Juta boleh dibeli apalah sangat dengan gelang atau Bangle yang berharga RM1.65 juta tu..Tapi persoalan utama disini ialah bagaimana seorang suri rumah merangkap isteri kepada Perdana Menteri boleh mendapatkan wang sebanyak itu..? Adakah konsep ‘You help me.. I help you’ digunakan disini? jika begitu siapa yang membiayainya dan untuk apa?





3,424-diamond bangles cost RM1.65 mil

KUALA LUMPUR: The pair of bangles with 3,424 diamond stones, allegedly owned by Rosmah Mansor, is worth RM1.65 million, according to fine jewellers Jacob & Co.

In an e-mail communique to FMT, the New-York based jewellers said the price for the pair of bangles is US$540,000 (RM1.65 million).

Jacob & Co said each 18k white gold bangle is fitted with 1,712 diamond stones and weighed 137.31 grams.

“Each bangle is studded with 751 stones 30.00ct of black diamonds and 34.50ct 961 stones of fancy intense white diamonds,” the company added.

Yesterday, a pro-Pakatan Rakyat blogger published a photograph of Rosmah sporting a pair of bangles which looked strikingly similar to Jacob & Co’s “Zebra Safari” collection.

Prior to that, bloggers had claimed that Prime Minister Najib Tun Razak’s wife had acquired a diamond ring from the same jewellers, worth a whopping RM73 million.

The bloggers identified the item as a “Natural Fancy Blue Gray Cushion Cut Diamond Ring”. It had supposedly passed through the Kuala Lumpur International Airport customs in April this year.

Screenshots of the alleged customs computer displays also revealed that the ring did not have import duties imposed on it.

Yesterday, a NGO filed a report with the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) in Penang over the matter.

Free Malaysia Today

13 Jul 2011

Tiada Permaidani Merah Untuk Najib Di Lapangan Terbang Britain

Saya nampak di TV3 tadi memang sah tiada permaidani merah untuk Najib di Lapangan Terbang sebagaiman seruan Amnesty International yg disiarkan di Malaysiakini.

(Petikan dari Malaysiakini)

'Jangan bentang permaidani merah bagi Najib'

Amnesty International hari ini menggesa Perdana Menteri Britain David Cameron dan Pope Benedict supaya tidak membentangkan 'permaidani merah' kepada Datuk Seri Najib Abdul Razak kerana layanan buruk dan tindakan kejam kerajaan pimpinannya terhadap perhimpunan Sabtu lalu.

NONEMenurut badan hak asasi dunia itu, Cameron (kanan) khususnya perlu memberitahu Najib yang bakal dalam rangka lawatan empat hari ke UK bermula hari ini bahawa pencabulan hak asasi seumpama itu tidak dapat diterima.Hujah Amnesty berdasarkan beberapa laporan, gambar, video yang terus disebarkan oleh pelbagai pihak memaparkan polis memukul, menendang dan melepaskan gas pemedih mata secara terus ke arah rakyat yang berhimpun secara aman menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.“Kerajaan Britain tidak harus memberi ganjaran keganasan itu dengan membentangkan permaidani merah kepada perdana menteri Malaysia,” kata Timbalan Pengarah Amnesty International bagi Asia Pasifik, Donna Guest.“David Cameron seharusnya memberitahu Perdana Menteri Najib bahawa pencabulan hak asasi manusi terhadap penunjuk perasaan yang aman tidak boleh diterima.

“Kerajaan Najib mengasari ribuan rakyat Malaysia yang bertindak melaksanakan hak mereka untuk menunjuk perasaan secara aman,” katanya Ramai dikasari Selain menahan peserta perhimpunan, pihak keselamatan turut melepaskan gas pemedih mata secara terus kepada orang ramai dan dalam kawasan hospital sebagai usaha menggagalkan perarakan ke Stadium Merdeka. Malah Guest berkata ramai peserta yang telah dikasari. “Terdapat rakaman video di YouTube menunjukkan anggota polis berpakaian preman menendang seorang peserta yang terbaring di atas jalan sementara polis yang berpakaian seragam hanya melihat. “Pihak keselamatan juga menembak gas pemedih mata terhadap peserta perhimpunan termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah tercedera dan Khalid Samad (ahli parlimen Shah Alam) yang turut mengalami kecederaan,” katanya.Selain itu, kata Guest, beliau juga berharap pihak Vatican dapat memberi tekanan kepada Najib supaya menghormati hak asasi manusia ketika Najib melawat Rom minggu ini. Pada perhimpunan BERSIH 2.0, 1,667 telah ditahan termasuk pimpinan Pakatan Rakyat. Bagaimanapun semua mereka dibebaskan dengan jaminan polis dan Peguam Negara akan menentukan tindakan ke atas mereka. “Penggunaan keganasan oleh pihak keselamatan secara berlebihan ini sepatutnya tidak perlu kerana ia akan menakutkan rakyat,” kata Guest lagi.

12 Jul 2011

Cincin Rosmah Mansor RM 73 Juta






Wanita Pertama yang sangat kuat bergaya ini telah didakwa mula memiliki sebentuk cincin berlian, yang bernilai sehingga mencecah USD 24 juta (RM73.48 juta) pada bulan April tahun ini.  Sebuah blog pro-Pakatan Rakyat, "Milo Suam" mendakwa bahawa cincin itu telah dihantar kepada Rosmah oleh kedai barangan kemas yang berpangkalan di New York-denda, Jacob & Co. 



Blog ini mendakwa cincin yang dikenali sebagai "Natural Fancy Blue Kusyen Gray Diamond Ring Cut" ini melalui kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan telah dilepaskan oleh pengurus operasi kastam yang dikenali sebagai Krishnan A. 

Screenshot daripada komputer kastam telah mendedahkan bahawa cincin itu tidak dikenakan duti import ke atasnya. Paparan yang sama juga menunjukkan nilai cincin itu adalahUSD 24.4 juta. Cerita tentang cincin ini juga telah merebak di kebanyakan blog pro-Pakatan Rakyat yang lain.Menurut laman web Forbes, gelang "VVS2 berlian jernih yang dipasang pada cincin platinum dan dikelilingi oleh 414 butir berlian mikro (3.48 CTS)." Sementara itu, "Milo Suam" turut mempersoalkan rasional Najib yang didakwa membeli barangan mahal ini untuk isterinya. "SEWAKTU anda sedang menjerit kesakitan dihinggapi belantan Polis, semasa anda penuh bersemangat melaungkan suara keramat rakyat, di saat anda basah kuyup disembur meriam air FRU dalam perhimpunan aman BERSIH 2.0 bagi menuntut demokrasi yang adil dan bersih, menuntut pilihanraya yang telus, ada seorang makhluk Allah yang bersenang lenang bermewah-mewahan dengan duit yang bukan dari titik peluhnya sendiri." kenyataan di blog tersebut.Blog itu juga turut bertanyakan sama ada Najib telah menyalahgunakan kuasanya dalam memperuntukkan RM111 juta untuk Rosmah bagi program berorientasikan kanak-kanak dan wanita, Permata dalam Bajet 2011. Jacob & Co adalah satu pengeluar di Malaysia melalui cawangan tempatan yang dikenali sebagai Yafriro Celebrer Le Temps Sdn Bhd, terletak di Galeri Starhill pusat membeli-belah mewah di Jalan Bukit Bintang. Ketika dihubungi, Yafriro enggan mengulas mengenai pembelian cincin yang didakwa milik Rosmah.
 

P/s: Kalau cincin sahaja bernilai RM73 juta, agak-agak berapa harta mereka sekeluarga? Halal atau haram? Segala-galanya terjawab di dalam kubur nanti!

+ Kalau betul fakta di atas...memang hebat wanita Pertama Malaysia ni...Tu baru cincin, belum gelang, rantai n aksesori yang lain. Patutlah asyik tarik subsidi dan barang naik rupanya Emelda dah pindah ke Malaysia pulak dah.

Permintaan Bersih 2.0 (Susah Sangat Ker ?)


azlan


Petisyen itu akan mengusulkan beberapa permintaan. Antaranya:
  • Pendaftaran pengundi secara automatik ketika berusia 21
  • Reformasi bagi sistem undi pos untuk para pengundi luar bandar
  • Penggunaan dakwat yang tidak dapat dipadamkan bagi mengelakkan undi berulang-kali
  • Capaian media aliran utama untuk parti pembangkang
  • Tempoh kempen minimum 21 hari
  • Kebebasan badan penguatkuasaan bertindak berhubung kesalahan pilihan raya
  • Menghapuskan rasuah pilihan

# Susah sangat ker untuk SPR nak tunaikan

11 Jul 2011

Betulkah Polis tak bidik Hospital Tung Shin : Kata Menteri Kesihatan ?



Gambar Bukti Pembohangan Menteri

(Petikan dari Malaysiakini)
Menteri kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata polis tidak menembak gas pemedih mata dan meriam air ke arah Hospital Tung Shin ketika menyuraikan perhimpunan BERSIH 2.0 pada Sabtu lalu.
NONEKatanya, dakwaan yang berlegar di internet berhubung tembakan ke
arah hospital tersebut adalah tidak benar dan perkara itu telah disahkan dengan hospital berkenaan.
Katanya, polis menembak gas pemedih mata itu ke arah jalan besar dan asap berkenaan mungkin dibawa angin ke arah hospital berkenaan.
"Tetapi mereka tidak membidik ke arah hospital," katanya lagi kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat dengan lembaga pengarah Hospital Tung Shin hari ini. Katanya lagi, polis juga membidik tembakan meriam air pada arah 45 darjah dari jalan utama. Ditanya mengenai video dan gambar-gambar yang dimuatkan oleh pengguna web di internet, Liow meminta wartawan supaya jangan menunjukkan bahan berkenaan untuk menyoalnya semula.
bersih rally 090711 police shooting into tung shin hospital"Apa yang paling penting, individu yang bertanggung jawab ke atas hospital telah mengesahkan bahawa polis tidak menembak gas pemedih mata atau meriam air ke dalam (perkarangan) hospital".
Dalam sidang media sama, pengerusi lembaga pengarah Tung Shin, Ng Beh Tong berkata pentadbiran hospital itu telah memberikan taklimat kepada lembaga hospital pagi ini berhubung insiden yang berlaku pada hari perhimpunan tersebut.

Ketua Penipu Negara (KPN) Kata 5-6 Ribu Saja Yang Berdemo.

(dipetik dari Malaysaikini)

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menjelaskan hanya 5,000 hingga 6,000 hadir menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 di ibu negara hari ini.

NONE"Ia tidak besar seperti yang sudah-sudah. Juga tidak merebak," katanya.

Menurut Ismail (kiri), perkara itu disebabkan sekatan jalan raya yang dilakukan pihak polis begitu berkesan.

Jumlah itu jauh berbeza dengan anggaran BERSIH bahawa kira-kira 50,000 orang hadir menuntut pilihan raya bersih dan adil di Kuala Lumpur hari ini.

Dalam sidang media di ibu pajabat polis di Bukit Aman lewat petang ini, Ismail juga berkata kesemua 1,401 orang akan yang ditahan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di ibu negara akan dirakamkan kenyataannya.

"Semua tahanan diberi layanan yang baik. Apabila selesai (rakam kenyataan), mereka akan diberi jamin atau mungkin ditahan," katanya sambil menunjukkan beberapa keping gambar keadaan di tempat itu.

'Macam kenduri'
Beliau berkata, tahanan diberikan makan minum, rawatan kesihatan jika perlu dan kemudahan tempat solat.

"Keadaannya macam kenduri kahwin," katanya sambil disambut gelak ketawa wartawan.

Bagaimanapun, mengulas perhimpunan kali ini, Ismail menyifatkannya cuba mengikut perhimpunan reformasi lebih sepuluh tahun lalu.

"Mereka laungkan apa? Reformasi. Bukan BERSIH. Ini macam tahun 2000 dulu," katanya.

Ditanya apa salahnya melaungkan perkataan itu, Ismail menjawab bahawa tindakan menjerit-jerit bukanlah budaya rakyat Malaysia.

NONE

Memang sah dia penipu atau tak pandai kira ker ? Sedangkan jumlah yang ditangkap saja sudah 1667 orang. KPN ingat ini masih zaman P. Ramlee yang rakyat hanya menonoton TV dan baca akhbar di warung kopi. Dia lupa yang Datuk Rais dah bagi komputer di segenap pelusuk kampung di seluruh negara untuk memudahkan rakyat mendapat info yang terkini dan sahih.

Hisham nafi polis bertindak GANAS




















 Memang benar kata Hisham, berdasarkan gambar di atas pihak Polis memang cukup berlembut. Mana ada Gas pemedih mata yang dilontar cuma asap rokok jer tu. Mereka basahpun kerana hujan yang kebetulan turun mencurah membantu Polis.

9 Jul 2011

Rakyat Malaysia yang berhimpun sempena Bersih di Australia

Keadaan terkini rakyat Malaysia yang berhimpun sempena Bersih 2.0 i hadapan
Liberity Square di Melbourne, Australia. 2000 hadir!!

DIKHABARKAN SUDAH 2000 RAKYAT MALAYSIA YANG BERHIMPUN DI LIBERATION SQUARE, MELBOURNE - HAMPIR SERENTAK DENGAN PERHIMPUNAN BERSIH YANG DIJADUALKAN DIADAKAN JAM 2 PETANG INI

TERKINI!! BERITA!! BERSIH 2.0: KEMATIAN PERTAMA!!

BERITA SEDIH DARI HOSPITAL KUALA LUMPUR!

SUAMI KEPADA KETUA WANITA PKR CABANG TITIWANGSA,
BAHARUDIN BIN AHMAD TELAH MENINGGAL DUNIA SEBENTAR TADI AKIBAT TERJATUH KERANA SESAK NAFAS ASAP GAS PEMEDIH MATA!!

MENURUT TWITTER ADUN SRI MUDA, SHUHAIMI SHAFIEI:

Suami kepada ketua wanita setiawangsa telah kembali kerahmatllah sebentar td akibat
dr sedutan gas pemedih api yg berlebihan. Kejam!!!

JELAS, INI AKAN MEMBERIKAN TAMPARAN HEBAT BUAT NAJIB ALTANTUYA
DAN PDRM SENDIRI!

JENAZAH KINI BERADA DI BILIK MAYAT HOSPITAL YANG SAMA
 

Hari Yang Dinantikan Rakyat Telah Tiba

Perarakan bermula, gas pemedih mata dilepaskan
1.33pm: Jalan Tun Perak - pemimpin PAS Dr Hatta Ramli yang memegang sebuah pembesar suara memberitahu kira-kira 4,000 hadirin bahawa naib presiden parti itu Mahfuz Omar dan lebih 300 yang lain telah ditangkap.

"Perjuangan rakyat memerlukan pengorbanan... Mereka di bawah umur 40 tidak pernah menyaksikan demokrasi di negara ini,” katanya.

Orang ramai menyambut ucapan itu dengan laungan "Allahuakbar".

NONETerdapat marshal BERSIH yang mengarahkan orang ramai supaya membuka laluan kepada kenderaan supaya mereka boleh meneruskan perjalanan masing-masing.
1.30pm: Kira-kira 300 anggota Pemuda Umno telah berkumpul di Jalan Bukit Bintang. Mereka semua memakai baju-T- merah bertulis 'Patriot'. Baju-T itu juga didedarkan kepada orang ramai.
Antara yang hadir ialah pemimpin Pemuda Umno Arman Azhar, Reezal Merican Naina Merican, Zaki Zahid, tetapi ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin tidak kelihatan. Pegawainya bertegas bahawa Khairy akan tiba kemudian.

Kumpulan itu melaungkan "hancur Bersih" dan "Siapakah saya? Patriot!". Mereka berselisih dengan kumpulan BERSIH 2.0 yang melewati kawasan itu kira-kira 10 minit lebih awal.
1.22pm: Petaling Street - kumpulan beberapa ribu orang yang berarak ke Stadium Negara, berpatah balik ke Jalan Tan Cheng Lock selepas berdepan dengan satu sekatan jalanraya.

Sekumpulan besar rakyat Sarawak melaungkan 'Hidup Sarawak', disambut tepukangemuruh dari yang lain.
1.20pm: Masjid Jamek - Jumlah yang berhimpun terus bertambah ramai dengan polis pula menunggu bantuan bagi memperkukuhkan sekatan mereka.

NONE1.21pm: Pemimpin utama BERSIH Datuk Ambiga Sreenevasan, Haris Ibrahim, Wong Chin Huat dan Sadterawan Negara A Samad Said juga berada di Hotel Hilton. Mereka disertai oleh ahli politik William Leong, Datuk Kamaruddin Jaafar, Zaid Kamaruddin, Syed Azman Syed Nawawi dan Tian Chua.

Berita timbalan presiden PKR Azmin Ali ditangkap kini disahkan. Sebelum ini, dua naib presiden PAS - Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub juga telah ditangkap.
1.15pm: Angka rasmi tangkapan setakat ini ialah 514 - 478 lelaki dan 36 wanita.
1.15pm: Masjid Negara - Masjid ini hampir kosong dan dipenuhi anggota polis. Ada yang mengadu tandas dikunci sehingga menyusahkan orang ramai.
1.14pm: Akaun twitter palsu @bersihrally dikesan. Ia diwujudkan pagi tadi jam 9.42.

NONETwitter yang mendakwa akan “menyiarkan laporan langsung perhimpunan BERSIH 2.0 dengan bantuan sukarelawan yang membuat liputan” itu menyebarkan berita palsu.

Antaranya berlaku kejadian menjarah di Pasar Seni, pertembungan dengan polis di KLCC dan juga tembakan dilepaskan di Bangsar.

Selepas dikesan oleh pengguna Twitter lain, @bersihrally akhirnya mengalah dengan mesej ini: "Took you guys long enough to figure it out. I've done my job. Thanks for playing."
1.00pm: Masjid Jamek - Jumlah penunjuk perasaan semakin ramai dengan tidak kurang 1,000 orang yang bersiap sedia untuk berarak.

NONESebelum itu, seorang pelajar dilaporkan terkena tembakan kanister gas. Beliau memohon gambarnya yang cedera tidak disiarkan kerana bimbang akan dikenakan tindakan oleh kerajaan kerana beliau seorang pelajar.

12.51pm: Hotel Hilton - Pemimpin PKR Nurul Izzah Anwar, Syed Husin Ali, Lateefah Koya tiba di bilik hotel Anwar Ibrahim. Wartawan tempatan dan luar negara sudah bersiap sedia untuk sidang akhbar yang dijadualkan itu.
12:50: Kira-kira 3,000 hingga 4,000 orang berarak dari Petaling Street menuju ke arah ke Stadium Negara.

Mereka melaungkan 'Bersih, Bersih, Pilihanraya' dan 'Hidup, Hidup, Rakyat'.

NONEEnam penunjuk perasaan pertengahan umur mula menyanyikan Lagu Negaraku, dan terus disambut oleh yang lain.

Salah seorang daripada mereka, Dr Wong Fort Pin, berkata, mereka meraikan keamanan.
12.45pm: Kampung Baru - Lagi 16 orang yang dipercayai penyokong BERSIH di kawasan sekitar ditangkap. Seorang daripada mereka membawa baju kuning BERSIH.

Sebelum itu, polis kelihatan mengejar dipercayai penyokong BERSIh yang duduk di sekitar masjid di Jalan Raja Abdullah menyebabkan mereka lari bertempiaran.
12.45pm: Beberapa perarakan daripada pelbagai lokasi mula bergerak dari arah yang berbeza, manakala pihak polis bertindak dengan melepaskan tembakan gas pemedih mata.
Di Dataran Merdeka, polis melepaskan gas pemedih mata ke atas kumpulan penunjuk perasaan yang berarak ke arah kawasan tersebut.

NONEKumpulan ini dipercayai telah berarak dari bekas ibu pejabat KTM berdekatan. Kumpulan itu dianggarkan sekitar 1,000 orang.
12.45pm: Pusat Latihan Polis (Pulapol) - Menurut sumber PKR, timbalan presiden parti itu ditangkap dan kini di Pulapol, Jalan Semarak. Malaysiakini sedang cuba mengesahkan laporan itu.
12:42: Stesen lama KTM - Pesuruhjaya Suhakam James Nayagam berkata mereka memandang berat terhadap tangkapan beramai-ramai sehingga ini.
"Polis kata, mereka akan ditahan di Pulapol (Pusat Latihan Polis)," kata sambil menambah bahawa pihaknya sedang memantau keadaan.
Nayagam, bagaimanapun, tidak mahu mengulas sama ada polis kasar dalam tindakan mereka terhadap suspek.
NONE12.34pm: Kira-kira 1,000 orang mula bergerak dari stesen lama KTM menuju Dataran Merdeka.

12.32pm: Masjid Jamek - Ahli Majlis MPSJ Michael Tamil dan Mohd Hafifudin, yang juga adalah pengerusi Persatuan Penjaja Bumiputera Masjid India, sedang memantau kawasan sekitar.

"Saya di sini untuk lihat betapa banyak yang penjaja rugi kerana orang ramai tidak berani datang sini,” kata Hafifudin yang kesal dengan tindakan polis hari ini.

"Jika penjaja kerugian kerana jalan ditutup siapa yang patut mereka tuntut kerugian itu. Mereka patut tuntut daripada kerajaan,” katanya kepada Malaysiakini ketika ditemui di Bazaar Jalan Melayu.

Hampir semua kedai dan gerai di kawasan sekitar ditutup hari ini.
NONE12.30pm: Menurut Facebook polis, seramai 441 orang, termasuk 20 wanita, ditahan sehingga jam 12 tengahari.
12.20pm: KL Sentral - Selain Anwar dan Dr Wan Azizah turut berada di sini adalah ketua pemuda DAP Anthony Loke dan setiausaha PKR Saifuddin Nasution di Hotel Hilton yang terletak di bangunan itu.

Mereka dijadual mengakan sidang akhbar sebentar lagi. Semua mereka adalah antara 91 individu yang dilarang memasuki Kuala Lumpur.
12.16pm: Masjid Jamek - Hampir tidak ada kedai yang dibuka, kebanyakan orang berlegar di jalan dan lorong belakang Little India, menunggu masa untuk berhimpun.

Polis terus memeriksa dan menangkap mereka yang disyaki akan berhimpun.

NONE"Mereka arah kami buka beg, macam mana bom didalamnya,” kata seorang wanita Melayu dari Klang yang berang apabila begnya diperiksa oleh empat anggota polis.

"Kenapa kami tak boleh duduk sini? Ini hak asasi kami,” kata seorang lagi wanita yang juga dari Klang.
12.15pm KL Sentral - Dua naib presiden PAS - Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub ditahan ketika dalam perjalanan ke Hotel KL Hilton. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Ismail sudahpun berada di sana.
12:10pm: Menurut Facebook polis, mereka menafikan dakwaan twitter BERSIH 2.0 bahawa berlaku pertembungan antara penunjuk perasaan dan polis di KLCC dan menafikan juga gas pemedih mata telah digunakan.

12:12 pm: IPK KL - Seramai 338 orang telah ditangkap - 321 lelaki dan 17 perempuan.

Mereka ditahan di sekitar Dataran DBKL, Istana Negara, Pasar Seni dan Masjid Jamek.

12:15pm: Bekas ibupejabat KTM - tandas dalam bangunan itu telah dikunci oleh pihak polis.
NONE12.05pm: Ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut agak lenggang dengan hanya kira-kira 50 orang di luar, termasuk ketua penerangan PAS Misbahul Munir.
Empat kereta peronda polis diletakkan kira-kira 50 meter dengan 15 pegawai polis. Sekumpulan anggota polis Cawangan Khas berlegar dengan orang ramai.
11:58am: Petaling Street - Kira-kira 50 orang berkumpul di dalam kelompok kecil di sepanjang jalan pasar, yang dipercayai penunjuk perasaan. Bagaimanapun, tidak ada yang berpakaian kuning.
11.55pm: Stesen lama KTM - Masih ramai yang berlegar di sekitar stesen keretapi ini. Mereka diminta meninggalkan kawasan itu melalui jejantas berhampiran Mahkamah Syariah.

NONEPuluhan telah ditahan di kawasan ini. Polis juga dikatakan bertindak kasar terhadap suspek. Ada yang dicekup di tengkuk. Lori polis kedua yang penuh dengan tahanan beredar ke balai polis.

Polis anti-rusuhan juga bersiap-sedia dan dipercayai akan bergerak masuk ke stesen KTM bagi menyuraikan rakyat yang cuba berhimpun itu.
11.50am: Timbalan presiden PKR Azmin Ali menulis di tweeter - "Saya sudah berjaya tiba di 'forbidden city of KL'."
Beliau antara 91 individu yang dilarang oleh perintah mahkamah daripada memasuki Kuala Lumpur hari ini.
11:47pm: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menghantar tweet berkata kumpulan Patriot akan berkumpul di Jalan Bukit Bintang pada jam 1 tengah hari. "Ketua Pemuda Umno Pahang Abu Jimi telah ditangkap polis di stesen bas Putra."
11:45am: Sogo - Seorang wanita dilihat merayu kepada pihak polis supaya membebaskan suaminya yang telah ditahan selepas pasangan itu membeli-belah di Haniffa Textile.

"Polis minta saya ambil teksi, tapi tak ada teksi di sini," kata wanita itu ketika trak polis yang membawa suami beredar dari situ.
11.44am: Jumlah terbesar orang ramai yang berhimpun adalah di kawasan sekitar Masjid Jamek dan Masjid Negara. Namun, pintu pagar Masjid Jamek dikunci manakala di Masjid Negara polis tidak membenarkan mereka memasuki kawasan masjid. Ramai yang berkumpul sekitar kawasan stesen lama KTM.
11.35am: Stesen lama KTM - Ketegangan berlaku di disini. Anggota polis cuba menyuraikan orang ramai di dalam bangunan.
11.34am: Masjid Jamek - Seorang pemuda yang mempunyai baju BERSIH 2.0 di bagnya ditangkap di hadapan restoran McDonald.

NONEDari jam 10.50 pagi hingga sekarang, jumlah yang ditangkap di kawasan ini adalah hampir 40 orang. Mereka dibawa dengan lori dan van polis. Polis juga mengarahkan lori baru kerana menjangkakan lebih ramai akan ditahan dan kenderaan itu digunakan sebagai tempat tahanan sementara.

Stesen LRT Masjid Jamek yang dikawal ketat itu masih beroperasi dan orang ramai masih dibenarkan menggunakannya.

Jumlah wartawan tempatan dan luar negara yang berada di sini berjumlah kira-kira 50 orang.
11.30am: Menurut Facebook PDRM, sehingga 11 pagi, 236 orang telah ditangkap 228 lelaki dan lapan wanita.

Mereka melaungkan 'Allahu Akbar'. Sekurang-kurangnya enam orang ditahan di kawasan tersebut pagi ini.
NONE11:25am: Menurut sumber, pemimpin Pakatan Rakyat telah bergerak ke pusat bandar.
11:12am: Sogo - Seorang daripada tiga lelaki yang ditahan di sekitar Masjid India berkata, polis memeriksa begnya dan menemui baju-T kuning.

"Bubuh gambar saya, biar besar sikit," katanya sambil senyum sebelum dibawa menaiki trak polis.

11:10am: KLCC - Tiada bukti bahawa gas pemedih mata telah digunakan ke atas penunjuk perasaan di sini. Pengunjung kelihatan mundar-mandir seperti biasa.
11.04am: Stesen LRT Hang Tuah LRT kini ditutup kerana "sebab-sebab keselamatan".
11am: Satu sumber Bukit Aman berkata lebih 100 orang telah ditangkap pagi ini setakat ini.
NONE
10.55am: Stadium Merdeka - Polis menutup stesen monorail Maharajalela dan stesen Hang Tuah yang terletak berhampiran Stadium Merdeka.
Perkhidmatan monorail masih diteruskan di stesen-stesen lain. 10.55am: Masjid Negara Kira-kira seratus anggota polis sedang mengawal pintu masuk ke Masjid Negara. Beberapa penyokong Pakatan Rakyat kelihatan sedang disoal.
10:45am: Kampung Baru - Sekumpulan lagi ditahan, termasuk seorang lelaki yang memiliki baju-T BERSIH. Beliau tidak ditempatkan bersama yang lain dan dibawa di tempat lain untuk disoalsiasat.
10:43am: Sogo - Tiga lagi lelaki, membawa beg galas, ditahan di sekitar kawasan tersebut.

Seorang daripadanya yang berbadan tegap dan berjanggut kelihatan memakai tag akhbar Bernama.
NONEKetika ditemui kemudiannya, wartawan Bernama itu berkata, dia dilepaskan apabila polis berpuashati dengan penjelasannya. Katanya disoalsiasat kerana membawa walkie-talkie. Bagaimanapun, dua orang lagi dibawa menaiki trak polis.
10:25am: Masjid Jamek - Terdapat lebih banyak tangkapan di sekitar stesen LRT Masjid Jamek. Trak polis yang diletakkan di sebelah masjid Masjid Jamek mempunyai sekurang-kurangnya 16 orang di dalamnya.
10:23am: Laporan PDRM - sehingga jam 9 pagi, 'Operasi Polis Perhimpunan 9 Julai 2011' membabitkan 21 tangkapan.
10:21am: KLCC - BERSIH tweet bahawa berlaku pertembungan polis dengan penyokong. "Kanister gas digunakan," katanya. Malaysiakini sedang cuba mengesahkannya.
NONE10.20am: Stesen LRT Masjid Jamek - Tangkapan penyokong BERSIH 2.0 berterusan. Turut ditahan adalah seorang lelaki selepas polis menggelidah bagnya tetapi tidak menjumpai barangan berkaitan BERSIH. Dia bagaimanapun mengakui sedang mengumpulkan derma semasa ceramah PAS sebelum ini.
10.06am: Stadium Merdeka - Polis memasang kawat duri pada di
kedua-dua arah masuk Jalan Stadium, dan menutupnya bukan sahaja kepada kenderaan tetapi juga pejalan kaki. Kira-kira 20 wartawan juga sedang berkumpul di kawasan ini yang penuh dengan anggota polis.
10.06am: Di stesen lama KTM - seorang warga emas berusia 70 tahun yang memakai serban dan jaket Pakatan Rakyat ditahan bersama dua lagi selepas beliau berkeras untuk pergi ke Masjid Negara untuk bersolat. Ketiga mereka dibawa dengan jip polis.
10.05am: Masjid Negara - Jumlah orang ramai juga semakin bertambah di kawasan ini. Dianggarkan tidak kurang seribu telah berada di sekitar sini.
NONE9.55am: Masjid Jamek - Lebih ramai yang datang melalui stesen LRT. Polis belum memeriksa mereka tetapi hanya memerhatikan keadan. Kawasan ini adalah antara lokasi panas pada perhimpunan BERSIH pada 2007.
9.50am: Masjid Negara - Seorang lelaki tua yang cuba menghampiri masjid dengan niat untuk bersolat telah dihalau oleh pihak berkuasa. Jumlah penyokong BERSIH 2.0 di persekitaran stesen keretapi lama itu semakin bertambah ramai.

9.45am: Masjid Negara - Sekurang-kurang 1,000 penyokong BERSIH 2.0 berjaya berkumpul di kawasan sekitar ibu pejabat lama KTM dan sedang melaung-laungkan slogan.
9.41am: Istana Negara - Sebuah trak meriam air dan anggota polis pencegah rusuhan berkawal di kawasan ini. Kawasan ini di Jalan Mahameru kini ditutup dan tidak ada kenderaan yang dibenarkan melaluinya.
NONE9.40am: IPK Kuala Lumpur - Penolong Pengarah Pengurusan (Perhubungan Awam) Bukit Aman ACP Ramli Mohamed Yoosuf mengesahkan 21 orang telah ditangkap pihak polis.
Polis memberitahu semua tangkapan terdiri daripada 20 orang berbangsa Melayu dan seorang berbangsa Cina yang dipercayai penyokong BERSIH 2.0.
Mereka ditahan atas kesalahan mengganggu penjawat awam dan disiasat mengikut Akta Polis. Secara tidak rasmi, seorang lagi pegawai berkata tidak kurang 100 orang yang telah ditangkap.
9.38am: Kampung Baru - Tambahan 18 lagi ditahan dipercayai penyokong BERSIH di sekitar kawasan ini. Jumlah itu tidak termasuk dengan tangkapan pertama pada kira-kira sejam sebelum ini di mana sembilan orang dicekup.
9.35am: Masjid Jamek - Tujuh orang ditahan. Alasan penahan mereka belum dapat dipastikan. Wartawan tidak dibenarakan berada berhampiran trak tempat mereka ditahan.

"Awak tak boleh berada di sini. Sila bercakap kepada pegawai saya jika awak mahu berada di sini,” kata anggota polis itu.
NONE9.30am: Maju Junction - Empat lelaki ditahan apabila polis menjumpai sehelai baju berwarna kuning di begnya.
9.15am: DBKL - Kira-kira 60 anggota polis dan sepuluh trak dilihat berada di persimpangan T di hadapadan bangunan DBKL.
9.05am: KL Sentral - Polis sedang memeriksa bag-bag kepunyaan penyokong PAS yang baru tiba dari Kelantan.
9.00am: Stadium Merdeka - Jalan ke stadium itu dari Jalan Maharajalela sudah dikepung dengan halangan kawat berduri. Wartawan yang ingin memasuki kawasan itu perlu berdaftar dengan polis.
8.50am: Dataran Merdeka - Police telah menutup kawasan Dataran Merdeka. Lebih enam trak FRU, termasuk trak meriam air diletakkan di lokasi ini.

NONESepanjang Jalan Tun Perak, berhampiran stesen Masjid Jamek, puluhan trak FRU dan sebuah trak meram air bgersiap sedia. Kawasan ini adalah lokasi yang lazimnya menjadi tempat berkumpul bagi penunjuk perasaan.

Dianggarkan tidak kurang 300 anggota FRU dan anggota polis lain berkawal di sini.

"Tiada sesiapun yang yang boleh masuk kawasan ini,” kata seorang polis apabila wartawan Malaysiakini cuba meninjau kawasan sekitar Dataran Merdeka.

8.45am: Ibu pejabat PAS - Belum kelihatan anggota polis berpakaian seragam mahupun kenderaan mereka. Namun sekumpulan yang tidak dikenali dilihat memasang kamera video bertentangan bangunan itu. Adalah dipercayai pemimpin utama PAS sedang berkumpul di sana.

8.40am: Jalan Tunku Abdul Rahman - Pasukan pemantau Majlis Peguam turun ke jalanan dengan berpakaian suit hitam dan tag 'Pemantau' di jaket mereka.

NONE"Kami akan pantau perhimpunan ini dan merakamkan gambar jika perlu. Terdapat kira-kira 100 pemantau Majlis Peguam. Ada yang membekalkan khidmat guaman,” kata HR Dipendra, yang mengetuai pasukan 15 pemerhati.
8.30am: Kampung Baru - Sembilan penyokong BERSIH 2.0 ditangkap dan dihumban ke dua lori polis berhampiran Masjid Jamek Kampung Baru. Jalan menuju masjid itu juga telah ditutup kepada orang ramai.

8.25am:
Sogo - Pusat membeli belah Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman lebih mirip seperti pangkalan polis. Lebih 10 trak polis dan 100 anggota juga berada di kawasan ini. Terdapat sekatan jalan di kawasan ini. Setiap kenderaan juga diperiksa.

NONE8.10am: Hotel Tune - Persimpangan Jalan Sultan Ismail dan Jalan Tunku Abdul Rahman kini dikawal tidak kurang 100 anggota polis yang memeriksa semua kenderaan yang melalui kawasan ini. Pelancong dilaporkan sukar mendapatkan teksi.

8.00am: Jalan Bukit Bintang - Kawasan pelancongan di Bukit Bintang masih kosong. Tidak banyak kereta mahupun pejalan khaki. Tidak terdapat ramai anggota polis di kawasan ini. Lokasi ini akan dijadikan tempat berkumpul Pemuda Umno pada jam 1.30 petang nanti.

7.50am: Masjid Jamek - Kehadiran polis yang ramai. Jalan di hadapan masjid telah ditutup kepada orang ramai.
7.45am: Masjid Negara - Puluhan jeep FRU dan lori meriam air ditempatkan sekitar bulatan Jalan Keretapi bertentangan kompleks Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. Tiada sekatan jalanraya di kawasan ini tetapi kelihatan ramai anggota polis.

 (Sumber : Malaysiakini)