1 Jul 2011

BERSIH Makin Dihalang Makin Popular

Dah jadi tebiat Manusia mana benda yang dilarang makin tinggi keinginan manusia mendapatkannya. Begitulah halnya dengan Bersih makin dihalang oleh pihak kerajaan makin popular di kalangan rakyat. Ditambah lagi oleh kempen Anti Bersih di TV3 menjadikannya bertambah-tambah popular hingga budak kecilpun dah bercakap pasal Bersih. Topik hot di kedai kopi ialah kenapa ditangkap ekor tak ditangkap kepala. Ramai berpendapat bahawa seramai manapun ekor ditangkap tak akan memberikan kesan apa-apa kerana keretapi tetap berjalan walau tanpa gerabaknya. Tapi dalam gerakan Bersih mungkin terlalu banyak kepala dan mungkin juga gerabak tetap bergerak walau tanpa kepala keretapi sebab Perkasa dan Patriot memberikan lagi satu ruang dan peluang untuk mereka berdemonstrasi walaupun terpaksa pakai baju Merah seketika asalkan dapat lepas dari halangan pihak berkuasa kalau dah masuk gelanggang yang dituju maka baju bertukar sekelip mata. Rakyat tak sabar menanti apa yang terjadi nanti bila 4 kumpulan bertembung di jalanraya, antara Bersih, Perkasa, Patriot dan Pihak Polis siapa Juara ?

Baca petikan dari Malaysiakini
Pihak berkuasa dikatakan semakin terdesak kerana rakyat terus berkeras mahu menghadiri perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil di negara ini meskipun terus dihambat.

azlanDalam usaha terbaru, Suruhajaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melancarkan kempen media bagi melabelkan perhimpunan itu sebagai sesuatu yang haram.

Sehubungan itu juga, semua stesen televisyen dan radio diwajibkan menghantar laporan harian mengenai liputan mereka. Antaranya, mereka diarah menyatakan jumlah berita dan kandungannya dalam laporan mereka berhubung BERSIH.

Semalam, SKMM juga mengarahkan perwakilan daripada 22 media elektronik dan telekomunikasi untuk menghadiri seminar sehari bertajuk “Seminar Kawal Selia Kandungan 2011" di auditoriumnya di Cyberjaya.

bersih rally 271207 05Menurut surat SKMM yang diedarkan kepada semua media elektronik itu, dengan sesalinannya diperolehi Malaysiakini, tujuan seminar itu “mengenai pematuhan kepada syarat-syarat lesen serta lain-lain peruntukan yang relevan.”

Menurut beberapa editor yang tidak mahu identiti mereka didedahkan, mereka diarahkan supaya tidak merujuk perhimpunan 9 Julai itu sebagai “perhimpunan BERSIH” tetapi sebagai “perhimpunan haram” dalam semua liputan berita serta tidak menggalakkan orang ramai menyertainya.

bersih rally 271207 07Selain itu, jika polis menggunakan kekerasan ke atas rakyat yang berhimpun, rakaman visual perbuatan itu dilarang sama sekali daripada disiarkan.

Sebaliknya, laporan media elektronik perlu memberi tumpuan kepada kesukaran dan ketidak-selesaan yang dihadapi rakyat akibat perhimpunan itu, termasuk orang ramai merusuh, harta benda dimusnahkan dan kesesakan lalu lintas yang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan