| (Sumber : Harakahdaily) |
KUALA LUMPUR, 7 Julai: Umno BN sedang berada di tahap celaru yang kritikal apabila menteri yang berkhidmat di bawah Datuk Seri Najib Razak telah bertindak songsang. Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim berkata, ini ekoran Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam kenyataannya yang masih mendakwa Bersih adalah haram. Ini, katanya bercanggah dengan kenyataan oleh Perdana Menteri baru-baru ini. “Hal ini tidak sepatutnya berlaku tambahan pula Bersih telah diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan memberi kebenaran bersyarat dan telah dijamin pula oleh Perdana Menteri sendiri,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Lebih memburukkan keadaan lagi, katanya Polis Diraja Malaysia yang sepatutnya memberikan seluruh ketaatan terhadap Tuanku Mizan sebagai Yang di-Pertuan Agong. Katanya, Sekretariat Bersih yang telah mendapat perkenan Agong sepatutnya dibolehkan untuk meneruskan himpunan seperti mana syarat yang telah ditentukan kerajaan dan Agong sendiri. Dalam hal ini seluruh yang berkaitan Bersih sepatutnya telah diberi akses oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk bergerak secara bebas. “Jika hasrat Bersih yang mewakili suara sebilangan rakyat tidak diendahkan oleh kerajaan Umno BN walaupun ia telah direstui oleh Yang di-Pertuan Agong, ke manakah lagi suara rakyat harus dibawa untuk perhatian yang sewajarnya?” soalnya yang juga Adun Titi Serong. Justeru, katanya berdasarkan respons terkini kerajaan yang amat memalukan negara setelah 8 tuntutan Bersih dikemukakan, ia suatu yang tidak layak terjadi di era negara yang sedang membangun. “Umno BN perlu dibuang kesemuanya pada PRU 13 nanti,” ujarnya. |
7 Jul 2011
Umno makin celaru halang himpunan Bersih 2.0
Menteri Malaysia Ramai Yang 'Bodoh'
| Hishammuddin tak tahu beza pertubuhan, kempen |
KUALA LUMPUR, 7 Julai: “Saya berpendapat Bersih bukan sejenis pertubuhan tetapi adalah sejenis kempen,” kata Pengerusi Pemulihan Demokrasi Dan Mobilisasi Rakyat, Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat. Beliau menyatakan demikian sebagai respons terhadap kenyataan yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang telah menuduh Bersih adalah sebuah pertubuhan haram. Atas tuduhan itumaka pihak polis telah menangkap lebih daripada 100 orang, melarang ceramah-ceramah, menggeledah rumah suspek, membuat sekatan jalan raya, melarang memakai baju Bersih dan lain-lain lagi. Suhaizan berkata, dalam Akta Pertubuhan di bawah seksyen 2 akta itu menyatakan bahawa sesuatu pertubuhan ditakrif sebagai termasuk mana-mana kelab, syarikat, perkongsian atau persatuan dengan tujuh (7) atau lebih orang tidak kira apa jua jenis atau tujuannya, sama ada sementara atau kekal. Menurutnya, mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka kempen pula bermaksud segala usaha (kegiatan dan tindakan) yang dirancangkan dan dilaksanakan dengan menggunakan penerangan (rayuan dll) untuk mempengaruhi pendapat umum atau mendapatkan sokongan umum terhadap sesuatu (matlamat dll) Bersih adalah sejenis kempen untuk menjayakan suatu pilihanraya yang adil dan bersih. “Kempen ini disingkatkan sebagai Bersih,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda PAS Negeri Johor dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Katanya, bagi menjayakan kempen itu, maka ditubuhkan jawatankuasa yang dianggotai oleh 63 NGO yang diketuai oleh Datuk Ambiga. Katanya, jawatankuasa kempen ini bergerak keseluruh negara untuk mendapatkan sokongan bagi mengadakan Himpunan Bersih pada 9hb Julai 2011. Tambahnya, kempen Bersih adalah seperti Kempen Tak Nak Rokok dan Kempen Kami Benci Dadah. Jelasnya, kempen-kempen itu dianggotai oleh agensi-agensi kerajaan dan NGO seperti Kementerian Kesihatan, Kementerian Penerangan, Kementerian Luar Bandar, Pemadam, Pengasih dan lain-lain lagi. Kempen itu, ujarnya tidak memerlukan pendaftaran dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan yang diwujudkan pada tahun 1966 untuk menguatkuasakan Akta Pertubuhan 1966. Kempen ini adalah sejenis aktiviti agensi kerajaan dan NGO sahaja. Oleh itu Kempen Bersih adalah aktiviti 63 NGO terbabit. “Saya berpendapat adalah wajar Menteri Dalam Negeri menarik balik tuduhan Bersihsebagai pertubuhan haram,” katanya. Baginya, Menteri Dalam Negeri sebenarnya gagal membezakan antara pertubuhan dan kempen. Oleh itu, ujarnya tuduhan-tuduhan di bawah seksyen 47 dan 50(3), Akta Pertubuhan 1966 yang melibatkan kesalahan menyebarkan bahan-bahan berkaitan dengan pertubuhan haram hendaklah digugurkan dengan segera. (sumber : Harakah daily) * Selain itu antara senarai Menteri yang bodoh ialah Datuk Rais Yatim, Ahmad Shebry Chik, Ali Rustam, MB Terengganu dan ramai lagi. |
6 Jul 2011
Penjual Baju Bersih Di Dakwah Secepat Kilat Tapi Penjual VCD Lucah Masih Berleluasah.
Penjual VCD Lucah dan cetak rompak di Sinsuran Kota Kinabalu terus berleluasa sehingga kini. Tapi penjual baju bersih begitu cepat diambil tindakan. Rupanya penguatkuasa kita di Malaysia ni tunggu arahan dari pemimpin atasan bagai pahat dengan tukul.Pemimpin BN pula kalau perkara yang dilihat mampu menggugat kedudukan mereka maka cepatlah tindakan diambil tapi kalau perkara tu mereka lihat tak merugikan mereka, mereka tak akan ambil kisah walaupun ianya melibatkan soal agama.
Polis Tak Hormat PM ?
PM dah benarkan berhimpun di Satdium dan Bersih telah bersetuju untuk buat di Stadium Mardeka. Tapi anehnya Polis masih buat sekatan jaanraya bukan setakat di KL malahan di Kota Kinabalu, Sabah. Ramai rakyat duduk di kedai kopi marah dan ada juga mengejek Hishamudin sebagai menteri pekak atau bebal kerana tak mengikut perkembangan terkini. Bersih dah mengadap DYMM dah nampaknya mereka dah patuh pada Titah Tuanku untuk membuat di stadium Merdeka dan bukannya di jalanraya tapi kenapa masih ada sekatan jalanraya yang teruk dan mereka yang ditangkap miliki baju Bersih didakwah ?
5 Jul 2011
Apa Khabr YB ?
Kita mulakan dengan khabar dari N. 1 Banggi. Khabarnya Y.B. ABDUL MIJUL sibuk main golf. Banyak masalah rakyat yang tak dapat diselesaikan. Janji tinggal janji maka rakyat Banggi kini sibuk mencari calon pengganti...tapi janganlah pula perompak mengganti pencuri.
Langgan:
Catatan (Atom)

