Kita mulakan dengan khabar dari N. 1 Banggi. Khabarnya Y.B. ABDUL MIJUL sibuk main golf. Banyak masalah rakyat yang tak dapat diselesaikan. Janji tinggal janji maka rakyat Banggi kini sibuk mencari calon pengganti...tapi janganlah pula perompak mengganti pencuri.
5 Jul 2011
3 Jul 2011
Konon Rakyat Didahulukan ?
Aduan Rakyat Malam ni ( 3 Julai 2011) isu kebimbangan rakyat di Taman Perumahan di Sandakan, Sabah yang tak diambil peduli oleh PBT Kerajaan Pimpinan BN Sabah. Macam dah lama sangat benda ni berlarutan hingga TV3 dah menyiarkannya untuk ksekalian kalinya. Kononnya Rakyat Diduhulukan...rupanya satu slogan sekadar di bibir pemimpin BN.
Bersih : Kenapa SPR Tak Mengalah Saja ?
Nampaknya hanya satu saja jalan penyelesaian yang terbaik untuk mengelakan perhimpunan BERSIH 2.0 iaitu SPR kena mengalah dan menerima saja permintaan (memorandum) yang BERSIH mahukan. Mana permintaan yang patut dan boleh dilaksanakan cubalah usahakan dan mana yang agak berat tu bolehlah bawah ke Parlimen yang penting perhimpunan tu tak menjadi kenyataan kerana ada beberapa pihak yang menangguk di air keruh cuba berlagak hero kerana mahukan publisiti murahan yang mungkin akan mengeruhkan keadaan kerana mempunyai motif yang 'Kotor'.
Kenapa Bersih Cukup Digeruni ?
Tangkapan Bersih merebak ke Sabah
KOTA KINABALU, 2 Julai: Penangkapan 2 orang aktivis Pemuda PAS Sabah bersama 5 yang lain membuktikan gelombang Bersih 2.0 yang akan diadakan 9 Julai nanti sudah sampai ke Sabah, kata ketua pemuda, Lahirul Latigu.
“Beliau menegaskan bahawa penangkapan 7 orang tersebut adalah tidak mengikut lunas undang-undang sebaliknya dipengaruhi oleh sentimen politik yang takutkan kebangkitan rakyat di Sabah.
"Kami mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak polis yang bertindak menahan mereka tanpa sebarang apa-apa kesalahan jenayah," tegas Lahirul.
Kejadian yang berlaku sekitar pukul 10 pagi tersebut berlaku di Restoran Sempelang ketika mereka sedang menikmati sarapan pagi.
Zaiem Al-Hilmee dan Mohd Adnan merupakan 2 orang aktivis Pemuda PAS yang ditahan bersama 5 orang aktivis AMK.
Menurut Zaiem, ketika mereka sedang menikmati sarapan pagi tiba-tiba sekumpulan hampir 40 orang anggota polis IPD Karamunsing dan Cawangan Khas Kepayan mengepung restoran tersebut.
Tanpa sebarang keterangan mengapa mereka ditangkap, Zaiem dan yang lain terus dibawa ke Balai Polis Karamunsing hanya kerana ada sebahagian mereka yang berpakaian kuning.
“Sungguh mengejutkan kerana bilangan polis yang begitu ramai ketika membuat tangkapan sedangkan kami hanya seramai 7 orang sahaja.
“Saya tidak berpakaian Bersih malah berbaju putih berjaket hitam ketika ditahan dan hanya seorang sahaja yang memakai baju Bersih 2.0," kata Zaiem.
Ketujuh-tujuh aktivis yang ditangkap tersebut ditahan dan disoal siasat selama 9 jam di IPD Karamunsing sehingga diikat jamin oleh barisan peguam Pakatan Rakyat Sabah sekitar jam 7 petang tadi dan diminta melapor diri semula pada 9 Julai nanti.
Ketua Penerangan Pemuda PAS Sabah, Mohd Julfikar pula berkata, penangkapan itu tidak akan menakutkan rakyat Sabah malah menaikkan lagi semangat mereka untuk menuntut hak sepatutnya.
Turut hadir ke IPD Karamunsing mengikuti perkembangan penangkapan tersebut iaitu Ketua Pemuda PAS Sabah Lahirul Latigu, Ahli Pimpinan PKR Negeri Hj Ansari Abdullah, Ketua AMK Jefri dan beberapa lagi aktivis Pemuda PAS dan AMK.
(Sumber : Harakah)
1 Jul 2011
BERSIH Makin Dihalang Makin Popular
Dah jadi tebiat Manusia mana benda yang dilarang makin tinggi keinginan manusia mendapatkannya. Begitulah halnya dengan Bersih makin dihalang oleh pihak kerajaan makin popular di kalangan rakyat. Ditambah lagi oleh kempen Anti Bersih di TV3 menjadikannya bertambah-tambah popular hingga budak kecilpun dah bercakap pasal Bersih. Topik hot di kedai kopi ialah kenapa ditangkap ekor tak ditangkap kepala. Ramai berpendapat bahawa seramai manapun ekor ditangkap tak akan memberikan kesan apa-apa kerana keretapi tetap berjalan walau tanpa gerabaknya. Tapi dalam gerakan Bersih mungkin terlalu banyak kepala dan mungkin juga gerabak tetap bergerak walau tanpa kepala keretapi sebab Perkasa dan Patriot memberikan lagi satu ruang dan peluang untuk mereka berdemonstrasi walaupun terpaksa pakai baju Merah seketika asalkan dapat lepas dari halangan pihak berkuasa kalau dah masuk gelanggang yang dituju maka baju bertukar sekelip mata. Rakyat tak sabar menanti apa yang terjadi nanti bila 4 kumpulan bertembung di jalanraya, antara Bersih, Perkasa, Patriot dan Pihak Polis siapa Juara ?
Baca petikan dari Malaysiakini
Pihak berkuasa dikatakan semakin terdesak kerana rakyat terus berkeras mahu menghadiri perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil di negara ini meskipun terus dihambat.
Dalam usaha terbaru, Suruhajaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melancarkan kempen media bagi melabelkan perhimpunan itu sebagai sesuatu yang haram.
Sehubungan itu juga, semua stesen televisyen dan radio diwajibkan menghantar laporan harian mengenai liputan mereka. Antaranya, mereka diarah menyatakan jumlah berita dan kandungannya dalam laporan mereka berhubung BERSIH.
Semalam, SKMM juga mengarahkan perwakilan daripada 22 media elektronik dan telekomunikasi untuk menghadiri seminar sehari bertajuk “Seminar Kawal Selia Kandungan 2011" di auditoriumnya di Cyberjaya.
Menurut surat SKMM yang diedarkan kepada semua media elektronik itu, dengan sesalinannya diperolehi Malaysiakini, tujuan seminar itu “mengenai pematuhan kepada syarat-syarat lesen serta lain-lain peruntukan yang relevan.”
Menurut beberapa editor yang tidak mahu identiti mereka didedahkan, mereka diarahkan supaya tidak merujuk perhimpunan 9 Julai itu sebagai “perhimpunan BERSIH” tetapi sebagai “perhimpunan haram” dalam semua liputan berita serta tidak menggalakkan orang ramai menyertainya.
Selain itu, jika polis menggunakan kekerasan ke atas rakyat yang berhimpun, rakaman visual perbuatan itu dilarang sama sekali daripada disiarkan.
Sebaliknya, laporan media elektronik perlu memberi tumpuan kepada kesukaran dan ketidak-selesaan yang dihadapi rakyat akibat perhimpunan itu, termasuk orang ramai merusuh, harta benda dimusnahkan dan kesesakan lalu lintas yang
Baca petikan dari Malaysiakini
Pihak berkuasa dikatakan semakin terdesak kerana rakyat terus berkeras mahu menghadiri perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil di negara ini meskipun terus dihambat.
Sehubungan itu juga, semua stesen televisyen dan radio diwajibkan menghantar laporan harian mengenai liputan mereka. Antaranya, mereka diarah menyatakan jumlah berita dan kandungannya dalam laporan mereka berhubung BERSIH.
Semalam, SKMM juga mengarahkan perwakilan daripada 22 media elektronik dan telekomunikasi untuk menghadiri seminar sehari bertajuk “Seminar Kawal Selia Kandungan 2011" di auditoriumnya di Cyberjaya.
Menurut beberapa editor yang tidak mahu identiti mereka didedahkan, mereka diarahkan supaya tidak merujuk perhimpunan 9 Julai itu sebagai “perhimpunan BERSIH” tetapi sebagai “perhimpunan haram” dalam semua liputan berita serta tidak menggalakkan orang ramai menyertainya.
Sebaliknya, laporan media elektronik perlu memberi tumpuan kepada kesukaran dan ketidak-selesaan yang dihadapi rakyat akibat perhimpunan itu, termasuk orang ramai merusuh, harta benda dimusnahkan dan kesesakan lalu lintas yang
Langgan:
Catatan (Atom)


